Menyediakan Sistem Perparitan
Parit-parit yang telah cetek akibat daripada bahan-bahan kumuhan
hendaklah sentiasa dibersihkan. Dengan ini air limpahan dan hujan dapat
dialirkan dengan baik.
Projek Pendalaman Sungai
Kebanyakan kejadian banjir berlaku kerana kecetekan sungai. Jika dahulu
sungai mampu mengalirkan sejumlah air yang banyak dalam sesuatu masa,
kini pengaliran telah berkurangan. Ini disebabkan proses pemendapan dan
pembuangan bahan-bahan buangan.
Langkah untuk menangani masalah ini ialah dengan menjalankan proses
pendalaman sungai dengan mengorek semua lumpur dan kekotoran yang
terdapat di sungai. Apabila proses ini dilakukan, sungai bukan sahaja
menjadi dalam tetapi mampu mengalirkan jumlah air hujan dengan banyak.
Memelihara Hutan
Kegiatan pembalakan di mana penerokaan di kawasan pinggir sungai
digemari menyebabkan tanah terhakis dan runtuh ke sungai. Keadaan yang
sama juga berlaku apabila aktiviti pembalakan yang giat dilakukan di
lereng-lereng bukit.
Oleh itu pemeliharaan hutan merupakan cara yang baik untuk mengatasi
masalah banjir. Hutan boleh dijadikan kawasan tadahan yang mampu
menyerap air hujan daripada mengalir terus ke bumi.
Hutan boleh berfungsi sebagai bunga karang (sponge) dengan menyerap air
hujan dan mengalir dengan perlahan-lahan ke anak-anak sungai. Ia juga
bertindak sebagai penapis dalam menentukan kebersihan dan kejernihan
air. Hutan mampu menyerap air hujan pada kadar 20%. Kemudian air hujan
ini dibebaskan kembali ke atmosfera melalui sejatan pemeluwapan. Hanya
dengan ini sahaja pengurangan air hujan dapat dilakukan.
Mengawal Aktiviti Manusia
Banjir kilat yang berlaku terutamanya di bandar disebabkan pembuangan
samapah dan sisa industri ke sungai dan parit. Bagi menangani masalah
ini, kesedaran kepada masyarakat perlu didedahkan supaya aktiviti
negatif ini tidak terus dilakukan seperti mengadakan kempen mencintai
sungai dan sebagainya.
Badan-badan tertentu juga harus bertanggungjawab menentukan sungai sentiasa bersih dan tidak dijadikan tempat pembuangan sampah.
Kejadian banjir merupakan malapetaka yang tidak dapat dielakkan
terutamanya apabila membabitkan hujan lebat. Bagaimanapun usaha
seharusnya dibuat untuk mengurangkan akibat banjir. Manusia juga harus
sentiasa berwaspada dengan kejadian ini.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Diberdayakan oleh Blogger.
0 komentar:
Posting Komentar